Isnin, 5 Oktober 2009

ADAKAN KITA RASA SELAMAT....??

Malaysia bukan kalis gempa - Pencemaran alam sekitar boleh mengundang kejadian gempa bumi di Malaysia

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my


PETALING JAYA - Pencemaran alam sekitar dilihat boleh memberi kesan drastik kepada tekanan bumi dan mempercepatkan kemungkinan berlaku gempa bumi di negara ini.

Lebih menakutkan, Malaysia juga bukan lagi zon selamat dan kalis gempa seperti disangka sekiranya faktor itu tidak diberi perhatian sewajarnya.

Itu pendapat Pensyarah Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan yang menganggap fenomena itu tidak mustahil berlaku memandangkan siri gempa bumi yang melanda dunia telah memberi sedikit impak kepada keadaan geologi.

"Trend ini (gempa bumi) dilihat berlarutan dan kemungkinan fenomena tsunami yang berlaku lima tahun lepas mampu berulang. Justeru, teori yang menyebut negara 'bebas gempa' perlu dikaji semula," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, tempoh masa spesifik bila bencana itu berlaku tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada gelombang dan pergerakan kepingan kerak bumi.

Selain faktor semula jadi, katanya, antara petanda awal lain kepada ancaman tsunami di negara ini adalah migrasi burung dan berlaku penghijrahan hidupan laut dalam jumlah yang besar ke darat.


أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ (97) أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ (98) أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ (99)
سورة الاعراف

RENUNGKAN BERSAMA.....

1 ulasan:

  1. assalamualaikum ustaz hazwan..apa kbr,kmi kt sni smua sht2 belaka,klw ada kelapangan waktu masukkanlah ruangan bicara,lgi mudh utk kmi tya apa2,ni blog kami www.mamtiy.blogspot.com..silalah layari

    BalasPadam