Rabu, 19 Ogos 2009

METHODOLOGI MENYANTUNI UMMAT

Osama ben Laden terus berada di ranking pertama yang menjadi sasaran Amerika dan sekutu-sekutunya terutamanya Israel-Zionis. Kumpulan Al-Qaeda, Hamas dan Hizbullah antara yang tak lekang dari senarai ‘pengganas’ (menurut tafsiran AS+Israel). Dalam beberapa minggu yang lalu pula kita dikejutkan dengan berita kononnya ‘penganas’ yang paling dikehendaki di nusantara Nordin Mat Top ditembak mati oleh pihak berkuasa Indonesia.
Persoalannya sampai bila isu pengganas yang dikaitkan kepada umat Islam ini akan berakhir? Sampai bila dunia akan terus disogokkan dengan lebel ini kepada agama yang ditunjangi “RAHMAT” ini? Apakah mekanisma yang sedang disusun atur oleh umat Islam khususnya kumpulan gerakan Islam dalam merealisasikan konsep kesejahteraan kepada seluruh alam? Tentulah jawapannya tidak semudah menjawap kertas soalan objektif….
Secara realitinya tafsiran keganasan sedang dibuat oleh pihak-pihak tertentu dengan memberi gambaran yang agak berat sebelah. Tafsiran ‘Ganas” menurut kacamata AS+Israel adalah bagi yang tidak bersetuju dengan blok meraka dan sekutunya-kutunya. Setiap hari bahkan setiap detik isu-isu keganasan disalurkan ke seluruh masyarakat dunia melalui pelabagai wasilah termasuk media elektronik dan cetak yang berpusat di sana.
Dalam masa yang sama secara sedar dan insaf masih ramai umat Islam sendiri yang terlalu mengharap ulasan-ulasan isu seperti dari sumber yang datang dari CNN dan BBC sebagai contohnya. Yang menyedihkan lagi, pusat maklumat yang berpengkalan di Washington menjadi kiblat kepada pemberita-pemberita kita sendiri. Ini yang menjadikan salah tafsir kepada hakikat pengganas semakin sukar dijelaskan secara tepatnya. Kebergantungan kita kepada sumber maklumat mereka menjadikan umat islam semakin mudah tertipu.
Samada kita sedar atau tidak, ungkapan dari salah seorang sarjana eropah satu ketika dahulu sedang menjadi kenyataan. “The information is a power” menjadi bahan ucapan beliau ketika dunia siber baru belajar merangkak tidak lama dahulu. Peperangan informasi dan maklumat menjadi taruhan kepada kebenaran dan kebatilan dewasa ini. Perkara yang baik akan menjadi buruk bila pemberi maklumat kata buruk, manakala perkara buruk menjadi baik bila kemas olahannya serta capai kumpulan sasarnya. Tasawwur kepada sesuatu hakikat terletak kepada yang memberi takrifnya, kerana tidak semua punya kesempatan melihat hakikat (ma sodaq) sesuatu. Itulah hakikat dimensi mantiq.
Oleh yang demikian itu, umat Islam dari segenap peringkat perlu lebih memahami liuk lentok peperangan era informasi ini. Strategi yang ampuh perlu digunakan bagi mengimbangi keadaan yang sedang berat sebelah ini. Dengan pelbagai teknologi yang sedang bercambah, harus digunakan sebaik mungkin oleh para du’at yang cintakan agama. Pahlawan-pahlawan siber perlu lebih kedapan dalam menyampaikan hakikat sebenar agama Rahmat & Kasih Sayang ini. Golongan-golongan agama perlu juga mahir dalam pencak kontemporari ini. Islam perlu dijelasakan dalam bentuk yang lebih selesa sesuai dengan kemampuan cara berfikir masyarakat hari ini. Sabda Baginda s.a.w yang bererti : “Bercakaplah dengan manusia itu berdasarkan kemampuan akal mereka” perlu dijadikan method dalam gerak kerja menyantuni umat ini. Manhaj dakwah yang berkesan adalah yang sesuai dengan kehendak zamannya.
Pemisahan sistem oleh penjajah dalam kerangka pendidikan negara umat Islam jelas membantutkan perkembangan Islam itu sendiri. Kumpulan yang berada di aliran konvensional ada yang hanyut tanpa kenal agama, manakala yang mengikuti aliran agama agak leka dengan manhaj mereka. Akhirnya cita-cita musuh untuk melihat umat Islam terus lemah semakin menjadi kenyataan. Walhal hakikat kepada manhaj Islami yang sebenar itu (yang tidak memisah antara dua aliran) telah terbukti sejak zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para cendiakawan Islam satu ketika dahulu.
Reformasi yang lebih berani perlu dilakukan, belajar dari kesilapan lampau, mudah-mudahan tamadun Islam dapat disinar kembali.....salam perjuangan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan