Jumaat, 19 Mac 2010

INDAH BENAR HIDUP BERSYARIAT

SOLAT ITU BUANG MASA?

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.

Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:
“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?”
Seorang pelajar menjawab, “kerana mereka jarang melihat orang solat.”
Yang lain menjawab, “mereka menyembah berhala mereka sekali-skala. Tidak sekerap dan selama kita umat Islam.”

Saya senyum. Pelajar-pelajar itu berminat sungguh untuk mendalami Islam. Mereka mendekati Islam lebih serius berbanding ketika mereka di Malaysia dahulu. Ketika di perantauan, ramai yang kembali gigih menghayati agama sebagai perisai diri daripada kejutan budaya dan godaan persekitaran yang terlalu mencabar.
“Ada sebab lain?” tanya saya sekadar mengundang reaksi. Mereka diam. Mungkin terus berfikir.

“Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengurusan masa mereka sangat efisien. Majoritinya tidak membuang masa…” kata saya meluahkan hasil pemerhatian secara rambang. Memang, ketika di dalam kereta api kebanyakan mereka membaca. Buku-buku dan komik banyak tersusun di bahagian atas syiling kereta api.

“Jadi bagi orang Jepun yang tidak membuang masa, 5 ke 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa. Sebab itu mereka bertanya, mengapa kita membuang masa. Sebab itu soalan itu timbulnya di kalangan orang Jepun. Kenapa tidak di kalangan orang kita di Malaysia? ”

“Sebab orang kita masih ramai yang membuang masa,” jawab seorang pelajar secara spontan.
Saya senyum, sambil mengangguk kepala. Bagi orang yang banyak membuang masa, apalah ertinya 5 atau 10 minit untuk solat. Bagi mereka yang suka melepak, berbual kosong, berlegar-legar di pusat membeli-belah sampai berjam-jam apalah harga masa yang sebanyak itu. Tidak jadi kudis. Namun tidak bagi orang Jepun, masa beberapa minit untuk aktiviti yang tidak penting (termasuk solat – pada pandangan mereka) sangat membazir masa.

“Apa yang saudara jawab?” tanya saya menduga. Gembira melihat mereka tercabar begitu. Kekadang kecintaan dan kefahaman kita terhadap Islam hanya timbul dengan adanya cabaran dan perlecehan.
“Susah nak jawab sebab Allah perintahkan kita. Mana mereka boleh terima jawapan yang begitu.”
“Perlu dijawab begitu. Sebab Allah, Tuhan kami perintahkan begitu.”

“ Tapi kalau ditanya lagi apa sebabnya Tuhan kamu perintahkan begitu?”
“Jawablah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri,” jawab saya.
“Mungkin mereka terima jawapan dari perspektif kita. Tapi bagaimana kalau kita nak jawab yang logik dan rasional mengikut perspektif mereka?” tanya seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan elektrik (seingat saya).
Bagus soalan itu. Saya memang menantikan respons yang lebih kritikal dan berani.

“Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggarakannya ? Lebih canggih alat teknologi kamu, maka semakin kerap kamu menyelenggarakannya . Kamu sentiasa buat “maintanance” kapal terbang, kereta api elektrik (“bullet train”) dan kereta kamu…” terang saya.

Pelajar-pelajar yang berjumlah 20 orang itu tidak berganjak. Hawa musim dingin kota Ibaraki itu sekali-sekala mencuri masuk melalui regangan tingkap yang terbuka. Nyaman.
“Kemudian tanyakan mereka siapa yang lebih canggih, alat-alat atau jentera teknologi yang dicipta itukah atau pun manusia yang menciptanya?”
“Tentulah manusia,” jawab mereka hampir serentak.
“Nah, kalau begitu tanyakan mereka, kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi yang canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih canggih?

“Mereka akan tanya, bagaimana nak selenggarakan diri kami?”
“Itu kami tidak pasti. Tetapi bagi kami orang Islam, solat adalah cara kami “maintenance” diri kami. Malang sekali kalau kamu hanya menyelenggarakan alat-alat teknologi kamu tetapi kamu lupa menyelenggarakan diri kamu sendiri.”
“Kalau mereka bertanya apakah yang dimaksudkan dengan menyelenggarakan diri pada seorang manusia?”

“Seorang itu dikatakan menyelenggarakan dirinya jika ia membersihkan hati, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seorang itu mengadu, merayu, merintih dan menyerahkan kembali segala kegalauan, keresahan dan keserabutan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala-galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah!”

“Orang yang solat tidak akan sakit jiwa. Stres dan tekanan emosinya terkawal,” sampuk seorang pelajar di barisan belakang.
“Sebab itu orang Islam tidak bunuh diri walau bagaimana besar sekali pun masalah yang mereka hadapi,” tambah yang lain.
“Tidak seperti orang Jepun, kadar membunuh diri di kalangan mereka tinggi!”
“Dan ketika itulah mereka mungkin boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusia,” ujar saya sebagai satu kesimpulan.


SOLAT ITU SOAL PERIBADI?


Itu kisah orang Jepun yang bukan Islam. Sekarang mari kita ikuti kisah orang Islam sendiri dengan solat.
“Maaf, solat ini soal peribadi. Siapa yang nak buat sila, dah ada surau pun dalam bangunan ini. Siapa yang tak mahu, tak boleh paksa. Itu hal masing-masing.”
“Ya, solat tidak boleh dipaksa. Tetapi kita sebagai saudara seIslam, wajib mengingatkan. Dan saya ingin mengingatkan saudara, solat bukan soal peribadi,” tekan saya.

“Mengapa?”
“Solat itu mencegah seseorang dari kejahatan dan kemungkaran.”

“Itu saya tahu. Solat boleh mencegah kemungkaran. Saya pun selalu juga dengar kuliah-kuliah Subuh. Tapi ini dalam syarikat, kita tak perlu mengulang input-input dalam kuliah Subuh tu. Di sini kita bekerja, kita berniaga…”
“Tuan, masa kita berniaga dan bekerjalah selalunya godaan dan cabaran datang. Banyak kemungkaran dalam berniaga dan bekerja,” tusuk saya perlahan.

“Kemungkaran dalam kerja? Apa tua?”
“Ponteng, curi tulang, rasuah, melawan atasan, menindas bawahan, umpat, adu domba dan sebagainya. Kemungkaran ini bukan soal peribadi. Jika seorang melakukannya, ia memudaratkan yang lain. Lama-kelamaan ia berjangkit menjadi budaya yang negatif dalam syarikat. Ini akan menjejaskan operasi dan perjalanan syarikat secara keseluruhan.”

“Kita sudah ada undang-undang dan disiplin organisasi. Itu sebagai kawalan untuk anggota kita tidak melakukan penyelewengan.”
“Undang-undang mencegah kemungkaran dari luar tetapi solat mencegah kemungkaran dari dalam. Kita perlukan kedua-dua pendekatan. Bahkan dalam apa jua keadaan pencegahan dari dalam itu yang lebih berkesan.”

“Kenapa?” tanyanya sepatah-sepatah. Pengurus bahagian sumber manusia itu masih tidak yakin betapa pentingnya kursus pemantapan solat dilaksanakan dalam organisasi itu. Sejak dari tadi saya terkial-kial untuk meyakinkan orang Islam sendiri tentang kaedah Islam mencegah penyelewengan dan salah laku dalam syarikatnya.
“Sebab solat akan membina rasa takut, cinta dan patuh kepada Allah. Orang yang begini akan meninggalkan kejahatan dengan kerelaan hati sendiri. Ataupun jika mereka tersalah, mereka akan segera bertaubat.”

“Ah, apa pula pihak atasan kata nanti. Kita anjurkan kursus solat pula, sedangkan selama ini kita giat menjalan kursus-kursus yang memberi kemahiran profesional kepada anggota-anggota kita,” katanya berterus-terang.
“Orang atasan tidak mahukah melihat orang-orang bawahan dan seluruh kakitangan syarikat ini jadi baik? Solat sangat penting untuk membentuk manusia jadi baik.”

Dia merenung muka saya lalu berkata,”tetapi kalau baik sahaja tetapi tak tahu bekerja, buat apa?”
“Dan kalau tahu buat kerja sahaja tetapi tidak jujur, buat apa?” balas saya.

Setelah melihat dia diam, saya menambah, “sebenarnya kita perlu kedua-keduanya sekali. Pemantapan solat pun perlu, peningkatan kemahiran profesional pun perlu. Alangkah baiknya jika kedua-duanya dilaksanakan secara bersepadu dalam syarikat ini. Kita tidak ada masalah, bukankah seluruh kakitangan syarikat ini beragama Islam?”
“Kos… kos dan peruntukan latihan akan bertambah,” balasnya.

Kali ini saya pula terdiam.
“Tuan, untuk program latihan kemahiran kita rela berbelanja besar. Mengapa untuk program pemantapan nilai-nilai Islam ini kita terlalu berkira?”
“Itu soal pihak atasan…” kilasnya.

“Tuan, di atas pihak atasan ini ada yang lebih atas lagi. Allah akan bertanya kepada kita, apa yang kita laksanakan untuk mendidik orang bawahan kita. Syarikat hakikatnya sebuah institusi. Kita akan ditanya oleh Allah tentang orang di bawah pimpinan kita. Bukan soal makan-minum dan kebajikan lahiriah mereka sahaja, tetapi juga soal iman dan Islam mereka.”

“Baik tu baik. Tetapi…”
“Tuan, jika syarikat terlalu berkira dalam soal-soal tarbiah begini, saya khuatir penyelewengan, rasuah, curi tulang dan lain-lain sikap negatif yang tuan katakan mula merebak dalam syarikat ini akan bertambah kronik. Pembaziran dan penyelewengan akan memporak-perandakan operasi. Produktiviti dan kualiti akan menurun. Penjualan juga akan merosot. Pembaziran berleluasa. Rasuah pula akan menyebabkan ketirisan wang yang bukan sedikit! Ini menelan kos yang lebih berbanding kos pendidikan,” pujuk saya.

Dia termenung. Sambil menepuk-nepuk tangannya ke meja dia berkata, “insya-Allah, nantilah akan saya fikirkan dulu.”
Saya menarik nafas. Begitulah cabaran dalam berdakwah. Setelah berhujah, kita perlu pasrah menyerah kepada Allah, pohon taufik dan hidayah-Nya. Apa pun benarlah seperti yang selalu diungkapkan, Islam adalah agama yang paling banyak disalah tafsirkan, bukan sahaja oleh orang bukan Islam…. tetapi oleh orang Islam sendiri.

Di Jepun, di Malaysia atau di mana sahaja, Islam sering disalah tafsirkan. Namun jangan pesimis atau kecewa. Itu bermakna peluang dan ruang untuk dakwah sentiasa terbuka!


Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Sabtu, 30 Januari 2010

PANDANGAN SEORANG ULAMA'




Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? -
Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010

Selasa, 12 Januari 2010

Larangan Kristian Guna Nama Allah : Ulasan Ringkas


Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini

SUDUT HUKUM

Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.

Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.

Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.

Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.

Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

TETAPI ..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.

Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.

Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.


Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.

Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian?. Fikirkan... diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya.



Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Muharram 1431 H

01 Januari 2010


# PENULISAN INI BUKANLAH MENGGAMBARKAN PANDANGAN PEMILIK BLOG INI, IANYA SEKADAR UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Jumaat, 1 Januari 2010

APA DAH JADI NI??


Ahmad Amirul Hafizi menunjukkan kesan jahitan akibat dibaling dengan kerusi oleh anggota polis di Jalan Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu baru-baru ini.


Bibir pemuda koyak, dakwa dibelasah polis


Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


KUALA TERENGGANU - "Saya terpaksa menerima 22 jahitan apabila dua bahagian pada bibir mulut saya terkoyak kerana dibaling dengan kayu dan kerusi oleh polis yang membuat sekatan jalan raya pada 25 Disember lalu."

Itu dakwaan Ahmad Amirul Hafizi Mohd. Rozalan, 17, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Pantai Batu Burok berhampiran Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dekat sini kira-kira pukul 5 pagi.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu itu, kira-kira pukul 3.30 pagi sebelum kejadian, dia sudah ditahan sekali oleh polis yang membuat sekatan di Chabang Tiga dekat sini kerana nombor plat di bahagian depan motosikalnya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Tetapi saya merayu supaya tidak disaman tetapi anggota polis yang menahan saya bertindak mencabut nombor plat itu," katanya yang ditemui di pejabat Kosmo! di sini semalam.

Isnin, 21 Disember 2009

KEMBALI HIDUPKAN SUNNAH

Berpuasa di Hari Asyura (10 Muharram 1430H = 27/12/2009)
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Merujuk kepada hadith diatas elok untuk kita berpuasa pada 9 & 10 muharam

Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi Muhammad saw datang ke Madinah, Baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa.”Lalu Baginda bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu.” Maka, Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Saidatina Aisyah berkata: “Rasulullah telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari Asyura dan apabila telah difardukan puasa Ramadan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari Asyura), maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Daripada Aisyah berkata yang bermaksud:
“Orang Quraisy pada zaman jahiliah berpuasa pada hari Asyura, dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura. Maka, apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa.Apabila difardukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada hari Asyura, lalu Baginda bersabda: “Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Dalam riwayat lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari Asyura. Hal ini seperti yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya mengenai puasa pada hari Asyura, lalu berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan di atas bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu Ramadan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)Selain pada hari Asyura, umat Islam digalakkan berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharam. Perkara ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya:-

Daripada Ibn Abbas berkata bermaksud: “Ketika Rasulullah berpuasa pada hari Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah bersabda lagi: “Sekiranya pada tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9.” Ibn Abbas berkata: “Tidak sempat munculnya tahun depan, Rasulullah wafat terlebih dulu." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Baginda bersabda bermaksud: “Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa pada bulan Allah yang kamu panggilnya Muharam.” (Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Khamis, 10 Disember 2009

APAKAH KESUDAHANNYA???

salam ma'al hijrah.....dalam minggu2 mendatang ini pasti seluruh ummat Islam di serata dunia mempersiap acara menyambut thn baharu kalendar Hijri. satu sambutan yg baik, dan lbh baik jika erti Hijrah dpt dibumikan ke dalam setiap jiwa muslim, insyaAllah.
agak lama aku x update laman yang 'bersawang' ini, kebetulan agak sibuk dgn acara 'penyembelihan' beramai-ramai sewaktu raya korban baru2 ni. di tambah lagi aku sempat kembali ke KL pada hri tasyriq pertama utk menziarahi bonda, ayahanda dan adik2da yg tercinta. agak lama jgk di sana, sempat la jgk menjelajah ke bbrapa ceruk kota metropolitan skdar melihat gelagat manusia yg diistilah 'orang KL'. apa yg pasti kebobrokan warga kota semakin menserabutkan, nilai2 kemanusiaan yg sdh semakin menipis, terlalu mengejar dunia menjadi agenda utama setiap detik dan bermacam-mcm lagi.....walaupun terdapat jgk sebahagian ummat yg diberi keteguhan dan kekuatan, namun kumpulan terbanyak adalah sebaliknya. melihat kpd masjid dan surau, alhamdulillah meriah dgn aktivitinya serta para jamaahnya....tp di luar masjid dan surau berganda lagi jumlahnya. solat jumaat di sana, kadang2 sampai terpaksa ke atas jalanraya, tp kalau ke KLCC jumlahnya sepenuh lebuhraya bertingkat. anak2 muda ttp menjadi kumpulan sasar utama dlm merencana masa dpn negara yg tercinta ini, tp jika dilihat kepada perkembangan semasa disana, agak menggerunkan jika direnung utk tempoh 10-20 thn mendatang. kadang2 betul spt sebahagian org mendakwa, bila di A.staq atau ipoh mahupun kuantan pun dah teruk, pasti di KL jauh lbh membimbangkan. begitu jgk jika dibuat perbandingan dgn beberapa bandar2 lain dengan kota besar itu.
secara insaf kita semua harus bermuhasabah, cabaran hari ini semakin lama semakin dahsyat. tugas peninggalan Rasul harus diteruskan, kesungguhan dari kita semua harus dimaksimakan. amar ma'ruf, nahi munkar mesti jd methodologi asas dlm setiap gerak kerja. wasilah2 alternatif perlu difikirkan secara serius....golongon muda perlu didekati dengan cara yg paling efisyen.
ada satu kisah ttg seorang teman yg cuba menegur seorang anak gadis yg كاسيات عاريات, lalu krn x puas hati dgn teguran teman td maka direport kpd bapak dia, yg akhirnya teman td di'serang' oleh bapak mithali td....insyaAllah cerita tu akan diletak dlm posting akan datang.wallahua'alam.....SALAM PERJUANGAN

Isnin, 30 November 2009

Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid




Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid
( 1876 - 1909 )

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.


“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Rabu, 25 November 2009

BENTUK HAMPIR SERUPA, TAPI NILAINYA JAUH BERBEZA





rupanya sekecil duit 2 kupang (kata org kedah) tp nilainya melebihi RM565, walaupun ianya kecil tp zatnya ttp bernilai. amat berbeza dengan wang kertas ciptaan 'manusia', nampak spt bernilai, tp kalau silap caranya.....mungkin jatuh merudum hanya senilai tisu tandas shj. oleh itu, marilah kita kembali kpd matawang asal ciptaan ilahi...KEMBALILAH KPD DINAR DAN DIRHAM

Isnin, 23 November 2009

UST. BAKAQ AWANG PULANG KE RAHMATULLAH

al-Fatihah.....Syeikh Abu Bakar Awang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 11.00pg di Hospital Besar Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
InsyaAllah akan di solatkan di Masjid kg. Bukit, Derang petang ini selepas solat asar....SEMUA DIJEMPUT BERSAMA

Selasa, 17 November 2009

bisanya JARUM yang halus


Oleh: Abu Usamah Mohd Masri Bin Mohd Ramli
Sumber: http://the-authenthic.blogspot.com/

Assalamualaikum wbt.

Selepas novel Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan entah apa lagi 'novel pembina jiwa' dari tanah seberang. Semuanya berkisar cinta yang di dasari landasan Islami.

Ramai memberikan komentar positif. Dan penggiat seni tanah seberang maju lebih daripada selangkah, filem-filem dan drama-drama yang berbentuk pembina jiwa, cinta Islami mula mendapat tempat.

Umat Islam Malaysia tidak terlepas dari tempiasnya. Maka muncul cadangan agar penggiat seni Malaysia mengorak langkah. Cambahkan karya-karya pembina jiwa, lambakkan cinta Islami di kalangan muda mudi. Biarkan muda mudi kita faham bahawa Islam meraikan perasaan cinta manusia asalkan pada jalan yang betul.

Tetapi, saya mula mengesan bahaya dan bencana. Ya bencana. Bencana ini akan menipu orang-orang yang jahil ilmu agama, apatah lagi dalam keadaan jahil itu mereka mahu kembali kepada agama.

Saya teringat satu babak dalam karya seorang novelis Islami dari tanah seberang yang digilai peminat novel Islami Malaysia. Di dalam karyanya itu, beliau memuatkan satu babak bergurau senda, saling bersentuhan di antara abang dan adik angkat. Ya, abang dan adik angkat. Bukan mahram. Dan kerana mereka bukan mahram, maka diakhir cerita mereka bernikah. Tapi sebelum pernikahan, hubungan mereka seperti adik beradik- dan ketika itu mereka memang sedar mereka adik beradik angkat-. Jadi, apa yang mahu ditonjolkan oleh penulis novel Islami berkelulusan institusi ulung di alam Islam sedunia ini?

Bukankah babak ini mengelirukan masyarakat yang sudahlah ramai keliru dalam isu mahram bukan mahram, tiba-tiba muncul karya si penulis novel Islami ini yang hanya akan menyakinkan masyarakat bahawa apa yang mereka keliru inilah yang benar, sedangkan hakikatnya salah!

Dan karya Islami ini jua muncul dalam drama-drama yang mula menyebar masuk dari tanah seberang.-sebaiknya tidak ditonton televisyen-. Bagaimana dengan satu drama popular tanah seberang, yang membawa mesej Islami, menampilkan babak cinta seorang teruna Aqso dengan si Madina, dan si Fira. Madina dan Fira ialah adik beradik. Madina gadis bertudung litup, kuat agama. Madina selalu menasihati Aqso agar mencintai Fira, kakak Madina. Madina menyuruh Aqso melafaz kata cinta kepada Fira. Madina menyuruh Aqso membawa Fira, ke tempat romantik. Ibu bapa Fira dan Madina, amat suka untuk Aqso membawa Fira ke hulu ke hilir. Ketika Aqso sakit mahu bersalin (lahirkan anak dengan seorang lelaki bernama Pasha), Aqso juga yang menjaganya.

Anda tahu apa yang ada dalam fikiran saya ketika menonton drama ini -celaka kau Masri, tonton Drama, kata Salafi. Ya Tuhan, ampunkan aku kerana kelalaian-. Saya sangka Aqso pernah bercinta dengan Madina, tapi berkahwin dengan Fira. Lalu Madina sebagai gadis solehah menasihati Aqso supaya mencintai Fira kerana Fira isterinya, dan tidak boleh Aqso mengambil Madina sebagai isteri kedua kerana haram mengumpulkan dua beradik sekaligus. Ini yang saya fikirkan. Lalu saya kata, bagus Madina, dia benar-benar kuat pegangan Islaminya. Dia mahu kakaknya bahagia. Dia tidak mahu membuat dosa kerana dia tahui tiada poligami dengan cara mengumpulkan dua beradik. Ini yang saya fikirkan. Lalu saya fikir, apabila Madina mengarahkan Aqso melafaz kata cinta, membawa Fira ke tempat romantik, ialah supaya Aqso dapat membina rasa cinta kepada Fira yang sudah menjadi isterinya. Lalu saya kata bagus nasihat Madina. Dia menasihati orang yang dia cintai agar melupakan dia dan mencintai isteri yang sah yang juga kakak kepada Madina.

Tapi, anda tahu apa yang saya temui di hujung cerita. Ketika di tempat romantik itu - Aqso menurut nasihat Madina untuk membawa Fira ke tempat romantik-, Aqso melafazkan satu ayat yang membuat saya terkejut gila, terus naik menyampah dengan cerita itu. Aqso kata kepada Fira "Kita kahwin ya!". Saya terkejut. Saya fikir mereka sudah berkahwin.

Jadi, kenapa saya marah sangat?

a) Drama ini mengelirukan umat yang sudah sedia keliru. Dengan latar belakang Islami, maka orang membuat kesimpulan tiada salah berdua-duaan dengan bukan mahram, tiada salah saling melafaz kata-kata romantis kepada bukan mahram.

b) Drama ini menunjukkan kemungkaran hanyalah bersentuh dan berzina. Berdua-duaan dengan bukan mahram bukan satu kemungkaran. Selagi mana tidak bersentuh tidak mengapa.

c) Drama ini mengajar ibu bapa agar membiarkan anaknya keluar dengan lelaki bukan mahram. Kenapa saya kata drama ini mengajar sedemikian? Ya, kerana drama ini drama beraspirasikan cinta Islami. Saya yakin emak saya suka cerita ini (berdasarkan pengalaman menonton drama-drama aspirasi Islami dari tanah seberang bersama emak), dan saya yakin emak saya akan beranggapan tidak salah membiarkan anak-anak daranya keluar dengan bukan mahram.

d) Drama ini menjadikan penonton keliru kerana yang menasihati Aqso supaya keluar dengan Fira, menjalin hubungan rapat dengan Fira ialah Madina, si gadis yang kuat agama, bertudung litup, bersolat.

e) Madina digambarkan sebagai gadis yang kuat imannya. Dia membawa kakaknya Fira ke sekeliling kota melihat kehidupan orang-orang susah supaya dapat menyedarkan kakaknya bahawa di luar sana masih ramai orang tidak bernasib baik. Ini kerana ketika itu Fira baru sahaja keguguran bayinya. Tapi, babak ini juga akan menguatkan segala tindakan Madina mengarahkan Aqso menjalin hubungan cinta dengan Fira. Kerana begini.

Pertama: Penonton sudah membina satu persepsi Madina sebagai gadis solehah, kuat agama. Lalu tindakan yang diambilnya adalah pasti menepati syariat.

Kedua: Ketika Madina menasihati Aqso supaya mencintai Fira, Madina mengungkapkan kata-kata "Cinta adalah anugerah daripada Allah".

Ketiga: Lalu Madina mengarahkan Aqso menjalin hubungan dengan Fira.

Keempat: Maka, penonton akan menjustifikasi KETIGA berdasarkan PERTAMA dan KEDUA. Maka, ketika itu, isyarat yang sampai kepada penonton ialah: Keluar berdua dengan bukan mahram, melafaz kata cinta dan romantis kepada bukan mahram, bukanlah satu perkara yang bertentangan dengan syara'. Bahkan ia adalah satu anugerah Allah apabila Allah mengurniakan perasaan cinta itu kepada hamba-hambanya.

Saya sudah nampak bencananya. Dan drama ini juga adalah satu aspirasi dari novel-novel cinta Islami kerana di dalam satu babaknya terpapar watak Aqso sedang membaca novel "Ketika Cinta Bertasbih".

Apakah kalian bersetuju dengan saya bahawa novel-novel pembina jiwa dari tanah seberang yang membawa mesej cinta Islami, apatah lagi drama dan filemnya, sebenarnya satu bencana dan bala buat umat Islam?

Selasa, 10 November 2009

Banjir di Derang





kelmarin ayaq naik gak kat derang, tp alhamdulillah x teruk sgt. cuma bahagian darul atfal shj yg agak teruk.....rmh sebhagian guru2 jgk antara yg dimasuki air, terutamanya di bahgian quaters guru kat d.atfal. lorong syeikh arsyad banjar turut dimasuki air, rmh u.majid, p.ngah antara yg masuk, tp skit ja.....
kelmarin sekolah cuti sehari sbb jalan masuk ke derang ayaq naik,kat kedai p.cik budin(dahulu) dan kwasan masjid kg.bkt ayaq tenggelam paras pinggang.
alhamdulillah hari ni ayaq dah surut dan sekolah (imtihan) boleh diadakan semula. cuma ibtidaie msh cuti utk kerja pembersihan. insyaAllah esk akan disambung kembali....Doakan

Sabtu, 7 November 2009

BILA INTELEKTUAL DIBERI PERHATIAN.....





kedua-dua tokoh ini menjadi tumpuan hampir seluruh rakyat minggu ini. sejauh mana peranan mereka dalam memebentuk lanskap minda masyarakat malaysia untuk tempoh mandatang?
mudah2an perkara yang berlaku ada hikmahnya serta menjadikan kita semua semakin matang dalam melayari kehidupan ini.....

Selasa, 3 November 2009

aik.....ngajaq pun kena tangkap?

* walaupun banyak perkara jugak yg aku x setuju dgn mantan mufti ni.....tp cara penangkapan ke atas dia ni, aku ttp x setuju. sesuatu yg memalukan....



GOMBAK, 2 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin membidas sikap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana tidak profesional, sambil lewa dan memungkiri janji apabila tiada wakil atau pendakwa daripada Jais yang hadir ke Mahkamah Syariah sebentar tadi.

Beliau yang dibebaskan oleh pihak mahkamah tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan menyifatkan Jais tidak wajar memperlakukannya seperti itu sehingga menyusahkan pelbagai pihak.

Berita sebelum ini:

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin akan menunggu di Mahkamah Syariah sehingga jam 1 petang nanti untuk menunggu pertuduhan ataupun dokumen berkaitan difailkan ke atasnya.

Sebelum ini, Dr Asri yang tiba di mahkamah sejak jam 9 pagi tadi diberitahu tiada pertuduhan difailkan.

Demikian siri episod tangkapan terhadap Dr Asri yang dianggap aneh oleh pelbagai pihak hari ini apabila diberitahu bahawa tiada pertuduhan atau dokumen berkaitan difailkan pagi ini.

Dr Asri dilihat tiba pada jam 9 pagi tadi kerana diarahkan untuk hadir di mahkamah atas alasan secara lisan oleh pihak Jais bahawa beliau mengajar tanpa tauliah.

Dalam kejadian malam tadi,beliau ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Namun,Dr Asri yang ditahan tengah malam tadi telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi ini.

Di pekarangan mahkamah pagi tadi, Dr Asri menbidas sikap pihak berkuasa dan pendakwa yang tidak hadir lagi sehingga kini.

"Mereka tangkap saya dulu baru tuduh. Tetapi mahkamah kata belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini

"Pihak Jais yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu 'tangan ghaib' siapa di sebaliknya,"tegas Dr Asri.

Menurutnya, tindakan tidak profesional ini menyebabkan membuang masa beliau, para penyokongnya, termasuk wakil-wakil rakyat (Saari Sungib dan Zuraida Kamaruddin) dan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.Turut kelihatan di pekarangan mahkamah yang memberikan sokongan kepada beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Hj Ghazali, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, Marina Mahathir dan Zainah Anwar (SIS).

Ketika ini, Dr Asri berada di luar mahkamah dan sedang berbincang dengan wakil NGO dan wakil-wakil rakyat.

Beliau difahamkan akan bertemu dengan Datuk Jamil Khir sebentar lagi.

Hampir 100 orang hadir untuk memberikan sokongan kepada beliau termasuk puluhan wartawan.

11.00 pagi: Ketika ini, Dr Asri sedang menunggu di dalam Mahkamah Syariah dan beliau berkata akan menunggu pertuduhan sehingga jam 1 petang nanti.

1.00 petang:Dr Asri sebentar tadi dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan dengan jaminan pihak mahkamah.

Menurut beliau, semasa ditemui wartawan, penantian (menunggu pendakwa dan wakil Jais) adalah sesuatu yang sia-sia.

Beliau juga mengkritik Jais kerana tidak hadir untuk memberitahu jenis pertuduhan ke atasnya dan mempersoalkan kenapa badan agama itu memungkiri janji sedangkan beliau telah menunggu sejak jam 9 pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa ada perjanjian antara pihak peguam dan mahkamah bahawa mereka boleh dipanggil bila-bila masa atau sebaliknya.

Bertanyakan sebarang tindakan lanjut di pihaknya, beliau memberitahu, pihaknya akan merujuk kepada peguam.

Dr Asri kini akan menuju ke Hotel Putra, Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Datuk Jamil Khir dan selepas itu satu sidang media akan diadakan. Harakahdaily/-

Jumaat, 30 Oktober 2009

SELAMAT MRNUNAIKAN HAJI





Oleh : Jarjani Usman

“Haji mabrur tidak ada balasan baginya melainkan surga” (HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Setiap insan yang sadar pasti berharap mendapat haji mabrur, apalagi dijanjikan surga. Tentunya, haji mabrur adalah haji makbul, yaitu haji yang diterima Allah. Dengan demikian, untuk mendapatkan haji mabrur tak cukup dengan berharap, tetatpi juga perlu disandingkan dengan berusaha.

Perlu berusaha untuk membekali diri dengan niat, pakaian, ongkos, uang, makanan, dan sebagainya, yang baik-baik. Sebab, Allah berjanji tidak akan menerima kecuali yang baik-baik. Di samping itu, perlu mengerjakan rukun haji yang lengkap. Dengan demikian, sangat tidak masuk akal bila mencari haji mabrur dengan niat untuk berbangga-banggai, membawa uang haram, dan badan yang telah tumbuh dengan daging haram.

Dengan kata lain, menuju haji mabrur harus melalui tahapan mensucikan diri dan harta, memperhambakan diri kepada Allah, dan mengikis berbagai penyakit hati seperti merasa lebih dari hamba-hamba yang lain.

Sebenarnya Islam telah menuntun tahap demi tahap menyucikan diri. Sebelum bulan haji, ada bulan-bulan mensucikan diri dan harta benda, seperti berpuasa di bulan Ramadhan, bertarawih, dan mengeluarkan zakat dan zakat fitrah. Di bulan itu juga diturunkan al-Qur’an sebagai pedoman, termasuk tentang pedoman menjaga kesucian diri dan harta benda. Kalau tahapan awal saja sudah tidak lulus, semisal, dalam berpuasa hanya tersisa lapar dan haus, di tahapan berikutnya juga patut dipertanyakan

Ahad, 25 Oktober 2009

ME'LOYA'KAN....




sehari dua ni utusan meloya dpt isu 'sensasi'....berita2 lain bakal menjadi kelas kedua bahkan kelima atau ke10....ayuh! jambankan sumber munafiq ini

Jumaat, 23 Oktober 2009

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa? - dari kacamata TGNA

Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?
Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Pandangan Saya
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Sumber: Blog Tok Guru

Rabu, 21 Oktober 2009

Perginya seorang tokoh ulama' dari Bumi Syam......Al-Fatihah



في ذمة الله تعالى

أسرة مجمع الفتح الإسلامي :

تنعي للأمة الإسلامية فضيلة العلاّمة المربي بقية السلف الصالح

الشيخ محمد أديب الكلاس رحمه الله تعالى

عن عمر ناهز (88) عاما ً أفناها في العلم والتعليم.

والذي توفاه الله تعالى صباح يوم الأربعاء 21/10/2009م

نسأل الله تعالى أن يتغمده بواسع رحمته ويسكنه فسيح جناته.

الصلاة عليه في جامع بني أمية الكبير بعد صلاة العصر اليوم (الأربعاء)

ويدفن في مقبرة باب الصغير

التعزية في جامع أبي أيوب الأنصاري - الزاهرة

- ترجمة الشيخ الراحل أديب الكلاس رحمه الله تعالى .
www.alfatihonline.com

Selasa, 20 Oktober 2009

aktiviti sana sini





(dari bawah)
pic 4 - Forum Perdana - DPP MAS (UUM)
pic 3 - Forum kemerdekaan - DPP Perwaja (UUM) - penal bersama Ust. Ridzwan Abu Bakar
pic 2 - Rombongan MTID ke PHD (pondok haji deghame), kelantan - bersama Dr. Abd. Basit
pic 1 - Bersama mujahid2 MTI Derang - jamuan di RFC

Jumaat, 16 Oktober 2009

umNO sudah berubah???

Hari ini merupakan hari terakhir persidangan agung khas umNO, beberapa bahagian perlembagaan sudah dipersetujui utk dipinda dlm usaha meraih kembali sokongan kepada mereka. pemimpin2 umNO memberikan perbahasan yg menampakkan seolah2 mereka sdh benar2 berubah.....persoalannya sekarang apakah mereka benar2 mahu berubah? ataupun hanya sekadar retorik utk terus mengaburi mata rakyat yg akhirnya menatijahkan kehancuran yg MAHA DAHSYAT.
komen prof agus dlm siaran secara langsung sempena persidangan yg bersiaran di TV3 cuba menggambarkan bahawa ucapan presiden umNO Najib msh ada kecacatan, yg mana beliau kurang menyentuh masalah pindidikan dlm pembinaan syakhsiah ahli khususnya dlm mengahayati Islam. komen prof ini terus dipotong oleh moderator dgn cuba membela bos dia.....(nak tergelak juga tgk reaksi ashraf wajdi ni)
kesimpulannya....rakyat sedang menilai keikhlasan 'kapal yg hampir karam' ini. ianya juga merupakan signal jelas kpd PR agar lbh perlu dilihat sebagai sebuah alternatif kepada beEnd. kesalahan2 yg pernah dilakukan oleh umNO+BN jgn sampai PR ulangi. kesempatan diberi tampuk pemerintahan di bebarpa negeri harus diambil kesempatan sebaik mungkin utk mmberi serve yg terbaik kpd rakyat, jika tidak.....fatamorgana umNO ini bakal digilai rakyat kembali.
apa yg pasti.....aku x yakin kesungguhan umNO utk berubah