Isnin, 31 Ogos 2009

TAK CUKUP PELAJARAN@kUrANg AjaQ......

Beberapa hari sebelum 31 ogos 2009 ada pemimpin negara buat kenyataan bahawa sambutan kemerdekaan tahun ni akan diadakan secara sederhana, ianya untuk menghormati bulan Ramadhan dan beberapa sbb yg lain.(bagi aku yg paling pnting adalah bulan Ramadhan)kenyataan ketika itu agak melegakan umat Islam walaupun x berapa yakin dengan tindakannya nnti. semalam apa yg agak merisaukan umat islam benar2 berlaku, walaupun pihak media arus perdana melaporkan sambutan 'ambang merdeka' diadakan secara sederhana, tetapi satu laporan dari berita NTV7 men'terkedu'kan aku.laporan sambutan ambang merdeka di genting hinglands mmg memeranjatkan, mmg sah pihak2 tertentu ini langsung x ada sensitiviti utk menghaormati bulan mulia ini. sambutan ttp berlaku di sana dengan acara nyanyian, tari-menari malah dijemput pulak artis dr luar negara.mula2 nak husnus zhan gak, kot2 lah sambutan itu hanya utk masyarakat bkn Islam, namun sangkaan kita meleset. rupa2nya salah seorang menteri beragama Islam turut hadir dalam majlis yang menjurus murka Allah itu. apalah punnya teruk, sampai tak dak perasaan langsung utk sedikit menghormati bln yang maha agung ini. mungkin ini yg dinamakan Islam Hadhari + 1 Malaysia = pakat2 kira sendiri la.....

Sabtu, 29 Ogos 2009

KEPALA LEMBU : Catatan YB Khalid Samad

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.

Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan. Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.

Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.

Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?

Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka. Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.

Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.

Ini yang perlu kita perlu fahami. Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.

Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?

Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
www.khalidsamad.com

Jumaat, 28 Ogos 2009

TINGKAT-TINGKAT PUASA

Imam Al-Ghazali ada membahagikan tingkat-tingkat puasa kepada tiga jenis :
Pertama adalah puasa umum, iaitu orang yang berpuasa menahan perut dan kemaluan seperti yang disyaratkankan.

Kedua adalah puasa yang khusus, iaitu ditambahkan pula dengan menahan pendengaran, pengelihatan, lidah dan tangan serta anggota-anggota badan yang lain dari segala perbuatan dosa.

Ketiga adalah puasa khususnya khusus (orang-orang khawash), iaitu puasa hati. Menahan hati dari pemikiran keduniaan, perhatian-perhatian yang rendah, menahan diri dari memikirkan selain daripada Allah swt.

Syarat Batiniah Dalam Berpuasa

Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat enam perkara perlu dititik beratkan dalam perlaksanaan ibadat puasa bagi menghasilkan puasa yang berkualiti.
1. Menjaga mata dan menahan pandangan kepada sesuatu yang tercela dan dibenci, yang melalaikan hati, melengahkan zikir serta menjauhkan ingatan kepada Allah swt.

2. Menjaga lidah dari senda gurau yang tidak berguna, berdusta, mengumpat, perkataan kotor, keji, caci makian dan sebagainya.

3. Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang diharamkan atau dibenci Allah, sebab segala sesuatu yang haram diucapkan, maka haram pula didengar.

4. Menahan anggota tubuh yang lain-lain daripada perbuatan dosa, baik dari tangan atau kaki daripada segala yang dibenci. Menahan perut daripada hal-hal syubhat (tidak jelas halal atau haram) atau haram ketika berbuka.

5. Jangan berlebihan makan ketika berbuka. Hendaklah direnung tujuan berpuasa, iaitu mendidik nafsu. Tiada manfaatnya berpuasa sehari tetapi apabila waktu berbuka, nafsu masih tidak terdidik.

6. Perasaan takut ketika berbuka, kalau-kalau amalan seharian kita itu tidak diterima oleh Allah swt.
"Sabda Rasulullah saw, Banyak sekali orang yang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperolehinya dari puasanya itu kecuali hanya lapar dan dahaga" Riwayat An-Nasai dan Ibnu Majah.

Dipetik : Mau'izatul Mu'minin (Imam Al-Ghazali)

Khamis, 27 Ogos 2009

SEBAT PEMINUM ARAK : HUDUD ATAU TA’ZIR?

SEBAT PEMINUM ARAK : HUDUD ATAU TA’ZIR?

Apabila seseorang disabitkan kesalahan bahawa dia memang minum arak, maka hukuman yang dikenakan kepadanya adalah sebat.

Dalam hadis, didapati sebat terhadap pesalah minum arak ada dua keadaan, iaitu 40 kali sebatan dan 80 kali sebatan.

Memandangkan dalam dua keadaan ini, menyebabkan lahirnya tiga pendapat ulama tentang sebat terhadap pesalah arak.

Pertama :

hukuman pesalah arak adalah hudud, dengan 40 kali sebatan. Dibenarkan menaikkan bilangan sebatang sebanyak 80 kali sebagai ta’zir.

Golongan ini didokong oleh As-Syafie,, Imam Ahmad dan Abu Sur.

Kedua:

Hukuman pesalah arak adalah hudud, dengan 80 kali sebatan.

Golongan ini didokong oleh Abu Hanifah dan Imam Malik.

Ketiga:

Hukuman pesalah arak adalah ta’zir. Terpulang kepada kebijaksaan pihak kerajaan Islam menentukan hukuman pesalah arak.

Golongan ini didokong oleh satu riwayat dari Hanabilah dan satu pendapat dari mazhab As-Syafie.

DALIL

PERTAMA;

Dalil-dalil golongan yang mengatakan hukuman pesalah arak adalah hudud dengan 40 kali sebat adalah seperti berikut;

1- hadis;

Abu Said Al-Khudri menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengenakan hudud kepada pesalah arak dengan memukul sebanyak 40 kali dengan kasutnya.

2- hadis;

Anas bin malik meriwayatkan bahawa rasulullah SAW didatangkan seorang lelaki yang minum arak. Lalu, baginda SAW memukulnya dengan 40 kali sebat dengan pelepah tamar. Anas bin Malik menyatakan, tindakan ini dilakukan juga oleh Abu Bakar.

ISTIDLAL

Dari kedua-dua hadis yang dikemukakan, terbukti bahawa hukuman yang dikenakan kepada pesalah arak adalah 40 kali sebat. Ia merupakan hukum hudud. Hal ini merujuk kepada tindakan Nabi SAW dan Abu Bakar.

Adapun penambahan sebanyak 40 kali sebat sehingga menjadi 80 kali sebat seperti yang berlaku pada zaman Omar, itu merupakan ta’zir.

Justeru, kepada pemerintah Islam, hukuman yang hendaklah dikenakan kepada pesalah arak adalah 40 kali sebat. Ini adalah bilangan yang minimum. Pun begitu, jika mahu menambah 40 kali sebat lagi sehingga menjadi 80 kali sebat, maka itu dibenarkan kepada pihak kerajaan Islam, kerana ia merupakan ta’zir, sepertimana yang berlaku pada zaman Omar.

KEDUA;

Golongan kedua adalah golongan menyatakan hukuman pesalah arak adalah 80 kali sebat. Ia merupakan hudud.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

1- hadis;

Sur bin Zaid Ad-Daili meriwayatkan bahawa Omar didatangkan seorang lelaki yang minum arak. Ali bin talib menyatakan, “aku berpandangan, orang yang minum arak dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali. Ini kerana, orang yang minum arak, adalah mabuk. Apabila dia mabuk, maka dia meracau. Apabila dia meracau, maka dia akan mengarut” makanya, Omar pun menjatuhkan hukuman sebat 80 kali kepada peminum arak.

2- Hadis;

Dalam riwayat Abu Daud, dinyatakan bahawa Omar bertanya pandangan Abdur Rahman bin Auf tentang hukuman yang dikenakan kepada pesalah arak. Abdur Rahman bin Auf berkata, ”aku berpandangan bahawa dijadikan kepada pesalah arak seringan-ringannya sebanyak 80 kali sebat”

ISTIDLAL

Keputusan Omar itu dihadiri oleh sebilangan sahabat yang besar. Tindakan itu tidak ditentang oleh sahabat nabi yang lain. Justeru, ia merupakan ijmak.

KETIGA;

Golongan ketiga berpendapat, hukuman terhadap pesalah arak bukanlah hudud; iaitu tidak ditetapkan secara khusus hukuman yang dikenakan kepadanya. Malah, ia merupakan hukuman ta’zir; dibenarkan kepada pihak pemerintah islam untuk menentukan hukumannya.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

1- Hadis;

Abdur Rahman bin Azhar R.A meriwatkan bahawa Rasulullah SAW didatangkan seorang lelaki yang melakukan kesalahan arak. Ketika itu, mereka berada di Hunain. Nabi SAW mengambil tanah dan melemparkan kepada wajah pesalah arak itu. Lalu Nabi SAW menyuruh para sahabat melakukan hukuman terhadapnya.

Ada dari kalangan sahabat yang memukulnya dengan kasut. Dan ada yang memukulnya dengan tongkat dan sebagainya.

ISTIDLAL

Dari hadis yang dikemukan ini, didapati bahawa Nabi SAW tidak menentukan bilangan khusus terhadap pesalah arak. Ada ketika, nabi SAW menyuruh sahabat memukul tanpa menentukan bilangan khusus.

Dalam hadis yang lain pula, didapati Nabi SAW dan Abu Bakar mengenakan hukuman terhadap pesalah arak sebanyak 40 kali. Dalam hadis lain pula, didapati Omar bin Al-Khattab menentukan bilangan sebat kepada pesalah arak sebanyak 80 kali.

Justeru, dapat difahami bahawa hukuman ini tidak ditetapkan bilangan khusus, menandakan ia merupakan ta’zir, bukan hudud. Ini kerana, hudud adalah satu ketetapan dari Allah dan rasul, tanpa ada pertikaian pun.

KESIMPULAN

Dari ketiga-tiga pendapat yang mewakili golongan masing-masing, didapati kekuatan dalil yang wujud adalah pada golongan yang ketiga, iaitu golongan yang mengatakan bahawa hukuman pesalah arak adalah hukuman ta’zir, bukan hudud.

Justeru, sebagai kerajaan Islam, sebarang hukuman yang hendak dikenakan kepada pesalah arak, hendaklah memerhatikan maqasid disebalik perlaksanaan tersebut.

Sesuatu kesalahan yang hendak dikenakan kepada setiap pesalah, hendaklah merujuk kepada dua perkara, iaitu (1) Radi’ah dan (2) zajirah.

Radi’ah bermakna mencegah pelaku kesalahan dari mengulangi kesalahan yang telah dibuat. Adapun makna zajirah adalah mencegah orang lain daripada melakukan jenayah

Sekian

p/s : artikle ini bersumber dari dua buah kitab, iaitu kitab ”’Uqubah Al-’Idam : m.s 640 – 648” dan kitab ”dirasah Fiqh As-Syafie : 4/23”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com //www.g-82.blogspot.com

Sabtu, 22 Ogos 2009

MENILAI IKHLAS DI BULAN MULIA

KULLA 'A,MIN WA ANTUM BI ALFI KHAIR......
semoga Ramadhan tahun ini menjadi yang terbaik kepada seluruh umat Islam di serata dunia.
pertembungan di permatang pasir semakin rancak, dengan setiap kumpulan yang bertanding sibuk berkempen dgn pelbagai strategi semata2 memastikan calon mereka menang dalam pilihanraya kali ini.
sebagai umat islam, marilah kita mengambil manfaat dari keberkatan Ramadhan kali ini untuk kita benar2 bermuhasabah atas segala kerja buat kita khususnya dalam merealisasikan amanah khalifah dari Allah ini. negara kita mengamalkan "demokrasi" sering dijadikan alasan utk pihak2 tertentu bertanding dalam satu2 pilihanraya. namun persoalannya, sejuah mana kita yang menyatakan kesanggupan menjadi pemimpin benar2 bersedia memikul amanah besar ini yg bakal ditanya oleh Allah di akhirat kelak. kalaulau kita sudah benar2 bersedia, bagaimana pula dengan jentera yang membantu kita, apakah strategi yang dipakai benar2 mengikut landasan syarak dan etika manusiawi? apakah kemenangan nnt tidak dipengaruhi rasuah, fitnah, ugut dan sebagainya?? persoalan beginilah harus kita nilai kembali dalam usaha menjadi pemimpin ini. bersempena bulan yang mulia ini, masing2 boleh nilai iman mereka kepada Allah. puasa yg dilakukan, tarawikh, al-Quran yang dibaca....moga2 menjadi kita lebih ikhlas dalam segala kerja buat kita,lebih2 lagi dalam soal kepimpinan yang bakal dipersoal di hadapan Allah.....SELAMAT BERJUANG

Rabu, 19 Ogos 2009

METHODOLOGI MENYANTUNI UMMAT

Osama ben Laden terus berada di ranking pertama yang menjadi sasaran Amerika dan sekutu-sekutunya terutamanya Israel-Zionis. Kumpulan Al-Qaeda, Hamas dan Hizbullah antara yang tak lekang dari senarai ‘pengganas’ (menurut tafsiran AS+Israel). Dalam beberapa minggu yang lalu pula kita dikejutkan dengan berita kononnya ‘penganas’ yang paling dikehendaki di nusantara Nordin Mat Top ditembak mati oleh pihak berkuasa Indonesia.
Persoalannya sampai bila isu pengganas yang dikaitkan kepada umat Islam ini akan berakhir? Sampai bila dunia akan terus disogokkan dengan lebel ini kepada agama yang ditunjangi “RAHMAT” ini? Apakah mekanisma yang sedang disusun atur oleh umat Islam khususnya kumpulan gerakan Islam dalam merealisasikan konsep kesejahteraan kepada seluruh alam? Tentulah jawapannya tidak semudah menjawap kertas soalan objektif….
Secara realitinya tafsiran keganasan sedang dibuat oleh pihak-pihak tertentu dengan memberi gambaran yang agak berat sebelah. Tafsiran ‘Ganas” menurut kacamata AS+Israel adalah bagi yang tidak bersetuju dengan blok meraka dan sekutunya-kutunya. Setiap hari bahkan setiap detik isu-isu keganasan disalurkan ke seluruh masyarakat dunia melalui pelabagai wasilah termasuk media elektronik dan cetak yang berpusat di sana.
Dalam masa yang sama secara sedar dan insaf masih ramai umat Islam sendiri yang terlalu mengharap ulasan-ulasan isu seperti dari sumber yang datang dari CNN dan BBC sebagai contohnya. Yang menyedihkan lagi, pusat maklumat yang berpengkalan di Washington menjadi kiblat kepada pemberita-pemberita kita sendiri. Ini yang menjadikan salah tafsir kepada hakikat pengganas semakin sukar dijelaskan secara tepatnya. Kebergantungan kita kepada sumber maklumat mereka menjadikan umat islam semakin mudah tertipu.
Samada kita sedar atau tidak, ungkapan dari salah seorang sarjana eropah satu ketika dahulu sedang menjadi kenyataan. “The information is a power” menjadi bahan ucapan beliau ketika dunia siber baru belajar merangkak tidak lama dahulu. Peperangan informasi dan maklumat menjadi taruhan kepada kebenaran dan kebatilan dewasa ini. Perkara yang baik akan menjadi buruk bila pemberi maklumat kata buruk, manakala perkara buruk menjadi baik bila kemas olahannya serta capai kumpulan sasarnya. Tasawwur kepada sesuatu hakikat terletak kepada yang memberi takrifnya, kerana tidak semua punya kesempatan melihat hakikat (ma sodaq) sesuatu. Itulah hakikat dimensi mantiq.
Oleh yang demikian itu, umat Islam dari segenap peringkat perlu lebih memahami liuk lentok peperangan era informasi ini. Strategi yang ampuh perlu digunakan bagi mengimbangi keadaan yang sedang berat sebelah ini. Dengan pelbagai teknologi yang sedang bercambah, harus digunakan sebaik mungkin oleh para du’at yang cintakan agama. Pahlawan-pahlawan siber perlu lebih kedapan dalam menyampaikan hakikat sebenar agama Rahmat & Kasih Sayang ini. Golongan-golongan agama perlu juga mahir dalam pencak kontemporari ini. Islam perlu dijelasakan dalam bentuk yang lebih selesa sesuai dengan kemampuan cara berfikir masyarakat hari ini. Sabda Baginda s.a.w yang bererti : “Bercakaplah dengan manusia itu berdasarkan kemampuan akal mereka” perlu dijadikan method dalam gerak kerja menyantuni umat ini. Manhaj dakwah yang berkesan adalah yang sesuai dengan kehendak zamannya.
Pemisahan sistem oleh penjajah dalam kerangka pendidikan negara umat Islam jelas membantutkan perkembangan Islam itu sendiri. Kumpulan yang berada di aliran konvensional ada yang hanyut tanpa kenal agama, manakala yang mengikuti aliran agama agak leka dengan manhaj mereka. Akhirnya cita-cita musuh untuk melihat umat Islam terus lemah semakin menjadi kenyataan. Walhal hakikat kepada manhaj Islami yang sebenar itu (yang tidak memisah antara dua aliran) telah terbukti sejak zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para cendiakawan Islam satu ketika dahulu.
Reformasi yang lebih berani perlu dilakukan, belajar dari kesilapan lampau, mudah-mudahan tamadun Islam dapat disinar kembali.....salam perjuangan!

Jumaat, 7 Ogos 2009

selsema mmg menjadi kebiasaan aku sejak dulu, sbb mmg lama dok menanggung ujian resdung dari Allah. mudah2an diberi kekuatan dan sentiasa bersyukur dgn nikmaNYA.
cuma kes selsema babi yg mengganas di seluruh dunia kini mmg menakutkan.ianya adalah amaran keras Allah taala kpd hamba2NYA yg semakin ramai berlagak spt tuhan. satu lagi yg mengejutkan bila terdengar siaran berita di salah satu saluran radio pg td, dlm laporan berkenaan ia mengatakan jumlah angka kematian di Malaysia ekoran virus ganas ini sdh mencecah 14 org. apa yg lebih mengejutkan negara jiran kita singapura yg dilaporkan agak lbh awal menerima lawatan virus ini hanya mencatatkan kematian seramai 8 org setakat ini berdasarkan laporan berita tersebut. bkn kita nak pertikaikan kehandak Allah, cuma sekadar utk bermuhasabah.....apakh jumlah kematian yg lebih banyak ini mengambarkan kelemahan sistem negara kita dlm menangani virus ini. ataupun ianya merupakan gambaran murka Allah terhadap masyarakat kita yg jenuh dgn kesalahan dan dosa. apa yg pntg marilah sama2 kita bnyakkan beristighfar dan adakan solat tawbat. dan sekadar cdgn.....apa kata ummat islam adakan solat tawbat perdana.mudah2an kita terelak dari azab Allah taala

Selasa, 4 Ogos 2009

mula langkah

insyaAllah bermula hari kita akan sama2 memeriahkan dakwah alam siber ni. harapan kpd semua blogger yg lebih senior berikan tunjuk ajar.......salam perjuanagan